B. Malaysia

 

BAHAGIAN IX

PERLINDUNGAN BERSALIN

37. Jangka masa tempoh kelayakan dan hak untuk mendapat elaun bersalin.

(1) (a) Setiap pekerja wanita hendaklah berhak mendapat cuti bersalin untuk tempoh tidak kurang daripada enam puluh hari berturut-turut (juga dimjukkan dalam Bahagian ini sebagai tempoh kelayakan) bagi setiap kali bersalin dan tertakluk kepada Bahagian ini, ia hendaklah berhak mendapat daripada majikannya suatu elaun bersalin yang dikira atau ditetapkan sebagaimana yang diperuntuk- kan dalam subseksyen (2) bagi tempoh kelayakan itu.

(aa) Sekiranya seseorang pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin di bawah perenggan (a) tetapi tidak berhak menerima elaun bersalin daripada majikannya untuk tempoh kelayakan di bawah perenggan (c), atau kerana dia tidak memenuhi syarat-syarat yang

(ii) dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah kesemuanya kepada tidak kurang daripada sembilan puluh hari dalam masa sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin.

(b) Seseorang pekerja wanita yang layak mendapat elaun bersalin di bawah subseksyen (l)(a) adalah berhak menerima daripada majikannya bagi setiap hari pada tempoh kelayakan suatu elaun bersalin pada kadar upah biasanya untuk sehari, atau pada kadar yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 102(2)(c), mengikut mana yang lebih tinggi.

(c) Seseorang pekerja wanita yang diambil bekerja pada kadar upah bulanan hendaklah disifatkan sebagai telah menerima elaun bersalinnya jika dia tems menerima upah bulanannya dalam masa dia tidak hadir bekerja dalam masa tempoh kelayakan tanpa potongan berkenaan dengan ketidakhadiran itu.

(d) Sekiranya seseorang pekerja wanita menuntut elaun bersalin di bawah seksyen ini daripada lebih daripada satu majikan, dia tidaklah berhak menerima elaun bersalin yang jumlah keselumhannya melebihi jumlah yang sepatutnya dia berhak menerima jika tuntutannya dibuat terhadap satu majikan sahaja.

(3) Sekiranya terdapat lebih daripada satu majikan yang mana pekerja wanita berhak menuntut elaun bersalin menurut subseksyen (2) maka majikan yang membayar elaun bersalin adalah berhak mendapat balik daripada majikan yang lain tersebut, sebagai suatu hutang sivil, suatu sumbangan yang sama bahagian dengan jumlah elaun bersalin yang dibayar kepada pekerja wanita dibandingkan dengan bilangan hari di mana ia bekerja untuk majikan lain dalam tempoh sembilan bulan sebelum ia bersalin dibandingkan dengan jumlah hari-hari yang ia bekerja dalam masa tempoh tersebut:

Dengan syarat bahawa jika pekeija wanita itu telah gagal mematuhi seksyen 40 (1) atau (2), maka majikan yang membayar elaun bersalin tidaklah boleh dihalang daripada mendapatkan sumbangan yang dikira menumt subseksyen ini. 38. Pembayaran elaun bersalin.

Elaun bersalin yang dirujukkan dalam seksyen 37 (2) dan terakru dalam setiap tempoh upah yang di bawah kontrak perkhidmatan pekerja wanita hendaklah dibayar secara yang sama seolah-olah elaun tersebut adalah upah yang diperolehi dalam masa tempoh upah tersebut sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 19. 39. Pembayaran elaun kepada penama di atas kematian pekerja wanita.

Jika seseorang pekerja wanita, selepas memberi notis kepada majikannya bahawa ia menjangka akan bersalin, memulakan cuti bersalinnya dan mati oleh apa-apa sebab dalam masa tempoh kelayakan, majikannya atau mana-mana majikan yang sepatutnya, tetapi dengan sebab kematian pekerja wanita itu, bertanggung untuk membayar apa-apa elaun bersalin hendaklah membayar kepada orang yang dinamakan oleh pekerja wanita itu di bawah seksyen 41 atau, jika tiada orang yang sedemikian, kepada wakil peribadinya yang sah, suatu elaun pada kadar yang dikira atau ditetapkan sebagaimana yang dipemntukkan dalam seksyen 37 (2) dari hari ia memulakan cuti bersalin ke hari sebelum kematiannya. 40. Kehilangan elaun bersalin kerana gagal memberitahu majikan.

(1) Seseorang pekerja wanita yang akan meninggalkan pekerjaannya dan yang mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa ia akan bersalin dalam masa empat bulan dari tarikh pemberhentian hendaklah sebelum meninggalkan pekerjaannya memberitahu majikannya tentang kehamilannya dan jika ia gagal berbuat demikian, ia tidak berhak menerima apa-apa elaun bersalin daripada majikan tersebut.

(2) Seseorang pekerja wanita hendaklah dalam tempoh enam puluh hari sebelum ia dijangka bersalin memberitahu majikannya tentang perkara itu dan tarikh ia akan memulakan cuti bersalinnya danjika ia memulakan cuti tersebut tanpa memberitahu majikannya, pembayaran elaun bersalin kepadanya bolehlah ditahan, walau apa pun seksyen 38, sehingga notis tersebut diberikan kepada majikan- nya.

(3) Mana-mana majikan yang memecat seseorang pekerja wanita daripada pekerjaannya dalam tempoh yang ia berhak mendapat cuti bersalin adalah melakukan suatu kesalahan.

(4) Mana-mana pekerja wanita yang mana majikannya menyediakan rawatan pembatan percuma untuk pekerja-pekerjanya dan yang apabila pekerja wanita itu hamil, enggan atau gagal dengan kerasnya mendapatkan rawatan perubatan tersebut yang ditawarkan secara percuma oleh majikannya sebagaimana pengamal perubatan berdaftar mengesahkan sebagai mustahak atau diperlukan dalam hubungan dengan kehamilannya, jangkaan bersalin atau bersalin hendaklah, jika ia secara yang lain akan berhak menerima apa-apa elaun bersalin, terlucut hak elaun tersebut sehingga setakat tujuh hari.

(5) Kehendak atau apa-apa kecacatan atau tidak tepat dalam mana-mana notis yang perlu diberikan menumt seksyen ini hendaklah tidak menyekat engendalian apa-apa tuntutan untuk elaun bersalin melainkan majikan dibuktikan sebagai telah dimudaratkan oleh kehendak, kecacatan atau tidak tepat notis tersebut.

(6) Kegagalan untuk memberikan mana-mana notis tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dalam seksyen ini tidaklah memudaratkan hak pekerja wanita untuk menerima apa-apa elaun bersalin jika didapati bahawa kegagalan itu disebabkan oleh salah faham atau lain-lain sebab yang munasabah:

Dengan syarat bahawa apa-apa pertikaian tentang sama ada kegagalan tersebut telah disebabkan oleh salah faham atau lain-lain sebab yang munasabah hendaklah dirujukkan di bawah seksyen 69 kepada Ketua Pengarah bagi mendapatkan keputusan.

(7) Notis kepada majikan atau, jika terdapat lebih daripada satu majikan kepada salah seorang daripada majikan-majikan itu, bolehlah diberikan sama ada secara bertulis atau lisan atau kepada orang tengah atau lain-lain orang yang di bawah pengawasan itulah pekerja wanita diambil bekerja atau kepada mana-mana orang yang dilantik bagi tujuan itu oleh majikan.

41. Pembayaran elaun kepada penama.

Seseorang pekerja wanita boleh melantik orang lain yang mana elaun bersalin boleh dibayar bagi pihak pekerja wanita itu dan apa-apa bayaran elaun bersalin yang dibuat kepada orang yang dilantik itu hendaklah, bagi maksud-maksud Akta ini, dianggap sebagai pembayaran kepada pekerja wanita itu sendiri.

42. Sekatan ke atas pemecatan pekerja wanita selepas tempoh kelayakan.

(1) Sekiranya pekerja wanita masih terus tidak hadir kerja selepas berakhir tempoh kelayakan dengan sebab sakit yang disahkan oleh pengamal pembatan berdaftar sebagai akibat daripada ia hamil dan bersalin dan menjadikannya tidak layak untuk bekerja, maka adalah menjadi suatu kesalahan, sehingga ketidakhadirannya melebihi tempoh sembilan puluh hari selepas berakhir tempoh kelayakan, bagi majikannya untuk menamatkan perkhidmatannya atau memberinya notis penamatan perkhidmatan.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), sekiranya pekerja wanita dipecat daripada pekerjaannya dengan upah sebagai ganti notis pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan sebelum ia bersalin, ia hendaklah dalam mengira tempoh pekerjaannya bagi maksud-maksud Bahagian ini, disifatkan sebagai telah diambil bekerja seolah-olah ia telah diberikan notis yang sempuma dan bukannya upah sebagai gantinya.

43. Syarat-syarat yang berlawanan dengan Bahagian, terbatal.

Mana-mana syarat dalam sesuatu kontrak perkhidmatan di mana pekerja wanita melepaskan atau dianggap sebagai melepaskan mana-mana hak di bawah Bahagian ini hendaklah terbatal dan tidak berkuatkuasa dan hak yang diberikan di bawah Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai gantian kepada syarat-syarat sedemikian.

44. Daftar elaun-elaun yang dibayar.

Tiap-tiap majikan hendaklah menyimpan suatu daftar, dalam bentuk yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang diperbuat di bawah Akta ini, tentang semua pembayaran yang dibuat kepada pekerja wanita di bawah Bahagian ini dan lain-lain perkara tertentu yang berhubungan dengannya sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan tersebut.

44A. (Ditinggalkan).