B. Malaysia

BAHAGIAN VI

KEUTAMAAN UPAH

31. Keutamaan upah daripada lain-lain hutang.

(1) Sekiranya dengan perintah sebuah mahkamah yang dibuat atas permohonan mana-mana orang yang memegang sesuatu gadai-janji, gadaian, lien atau dekri (kemudian daripada ini dirujukkan sebagai "pemiutang bercagar") atau dalam melaksanakan haknya di bawah debentur terhadap harta mana-mana orang (kemudian dari-pada ini dirujukkan sebagai "orang yang bertanggungjawab") yang bertanggungjawab di bawah mana-mana peruntukan Akta ini untuk membayar upah-upah yang perlu dibayar kepada pekerja atau untuk membayar wang yang perlu dibayar kepada mana-mana subkontraktor untuk buruh adalah dijual, atau apa-apa wang yang terhutang kepada orang yang ertanggungjawab ditahan atau digamis, maka mahkamah atau penerima atau pengurus tidak boleh membenarkan pembayaran hasil jualan, atau wang yang ditahan atau digamis itu, kepada pemiutang bercagar atau pemegang debentur sehingga mahkamah atau penerima atau pengurus telah menentukan dan menyebabkan dibayar, daripada hasil atau wang itu, upah-upah pekerja tersebut, atau wang yang terhutang kepada mana-mana subkontraktor bagi kerja-kerja yang dibuat di bawah suatu kontrak di antaranya dan orang yang bertanggungjawab, yang mana orang yang bertanggungjawab adalah bertanggung untuk membayar pada tarikh jualan tersebut, penahanan atau garnisan:

Dengan syarat bahawa seksyen ini hendaklah terpakai kepada jualan sesuatu tempat pekerjaan di mana—

(a) mana-mana pekerja kepadanya upah perlu dibayar sebagaimana tersebut di atas;

(b) mana-mana pekerja kepadanya upah perlu dibayar oleh subkontraktor bagi kerja-kerja yang dilakukan sebagai- mana tersebut di atas;

(c) mana-mana subkontraktor untuk buruh kepadanya wang dihutang dengan sebab subkontrak oleh subkontraktor untuk buruh sebagaimana tersebut di atas,

telah diambil bekerja atau bekerja pada masa di mana upah-upah telah diperolehi atau wang tersebut yang terakru perlu dibayar, dan kepada hasil-hasil jualan mana-mana keluaran tempat pekerjaan tersebut dan mana-mana harta alih di dalamnya yang digunakan berkaitan dengan pekerjaan tersebut dan terhadap apa-apa wang yang terhutang kepada orang yang bertanggungjawab bagi kerja yang dilaksanakan oleh pekerja atau subkontraktor untuk buruh atau diperolehi daripadajualan keluaran-keluaran kerja tersebut:

Dengan syarat selanjutnya bahawa—

(d) sekiranya orang yang bertanggungjawab itu adalah majikan maka jumlah besar upah pekerja itu di mana keutamaan terhadap tuntutan seseorang pemiutang bercagar diberikan oleh seksyen ini hendaklah tidak melebihi jumlah yang terhutang oleh majikan kepada pekerja sebagai upah-upah bagi mana-mana empat bulan kerja berturut-turut;

(b) sekiranya orang yang bertanggungjawab itu ialah seorang prinsipal di bawah seksyen 33 maka jumlah besar upah-upah mana-mana pekerja di mana keutamaan terhadap tuntutan seseorang pemiutang bercagar diberikan oleh seksyen ini hendaklah tidak melebihi jumlah yang terhutang oleh prinsipal kepada kontraktor pada tarikh jualan, penahanan atau gamisan melainkan kontraktor itu juga adalah subkontraktor untuk buruh;

(c) sekiranya orang yang bertanggungjawab itu ialah kontraktor atau subkontraktor yang berhutang wang dengan subkontraktor untuk buruh, maka jumlah besar yang terhutang kepada subkontraktor untuk buruh di mana keutamaan terhadap tuntutan pemiutang bercagar adalah diberikan oleh seksyen ini hendaklah tidak melebihijumlah yang terhutang oleh subkontraktor untuk buruh kepada pekerja-pekerjanya (termasuk mana-mana subkontraktor selanjutnya untuk buruh di bawah subkontraktor untuk buruh yang pertama kali disebutkan di atas) bagi mana- mana kerja empat bulan berturut-turut.

(2) Dalam seksyen ini, kecuali bagi povisio kedua, "upah" termasuklah faedah-faedah penamatan dan rentikerja sementara, gaji cuti tahunan, gaji cuti sakit, gaji hari kelepasan am dan elaun bersalin.

32. Rujukan oleh mahkamah kepada Ketua Pengarah.

(1) Bagi maksud-maksud menentukan jumlah yang terhutang kepada mana-mana pekerja atau subkontraktor untuk buruh di bawah seksyen 31, mahkamah atau penerima atau pengurus bolehlah merujuk persoalan kepada Ketua Pengarah dengan meminta supaya ia membuat suatu siasatan terhadap perkara berkenaan dan mengemukakan laporannya berkaitan dengan perkara tersebut kepada mahkamah atau penerima atau pengurus, dan Ketua Pengarah hendaklah mematuhi permintaan itu.

(2) Bagi maksud-maksud mana-mana siasatan di bawah sub-seksyen (1) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kesemua kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 70 (f) dan seksyen 80 hendaklah mempunyai kuatkuasa seolah-olah siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 69.