B. Malaysia |
|
BAHAGIAN V BERKAITAN DENGAN SISTEM MEMBAYAR UPAH DENGANBARANG 25. Upah hendaklah dibayar dengan wang sah. (1) Kecuali sebagaimana selainnya dibenarkan secara nyata oleh Akta ini, keseluruhan jumlah upah yang diperolehi oleh, atau yang perlu dibayar kepada, mana-mana pekerja bagi apa-apa kerja yang dilakukan olehnya hendaklah dibayar dengan sebenarnya kepadanya dengan wang sah, dan setiap pembayaran, atau atas akaun, mana- mana upah tersebut yang dibuat dalam mana-mana bentuk lain adalah tidak sah, batal dan tak sah. (2) Setiap pekerja hendaklah berhak untuk memperolehi di mahkamah atau di hadapan Ketua Pengarah yang bertindak di bawah Seksyen 69 sedemikian banyak upahnya, tidak termasuk jumlah-jumlah yang dipotong secara sah di bawah Bahagian IV, yang tidak dibayar dengan sebenamya kepadanya dengan wang sah atau dibayar kepadanya mengikut apa-apa cara di bawah seksyen 25A. 25A. Pembayaran upah melalui bank. (1) Tiada apa-apa dalam seksyen 25 (1) boleh berkuatkuasa untuk menjalankan tidak menurut undang-undang atau tidak sah sebarang pembayaran upah oleh majikan kepada pekeija dengan kebenaran bertulis pekerja dalam mana-mana cara yang berikut:— (d) pembayaran ke dalam suatu akaun di sebuah bank atau sebuah syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 di mana-mana bahagian Malaysia yang merupakan akaun atas nama pekerja atau akaun atas nama pekerja bersama-sama dengan seorang atau lebih orang lain; (b) pembayaran dengan cek kepada atau bayar ikut perintah pekerja. (2) Persetujuan pekerja di bawah seksyen ini bolehlah ditarik balik olehnya pada bila-bila masa secara notis bertulis diberikan kepada majikan. Notis tersebut hendaklah berkuatkuasa pada tetapi tidak sebelum akhir tempoh empat minggu bermula pada hari notis itu diberikan. (3) Persetujuan pekerja kepada cara pembayaran upah di bawah subseksyen (1) hendaklah tidak enggan diberi dengan tak munasabah, atau jika diberi, hendaklah tidak ditarik balik dengan tak munasabah oleh pekerja walau apa pun peruntukan subseksyen (2). (4) Apa-apa pertikaian tentang sama ada seseorang pekerja telah dengan tak munasabah enggan memberi atau menarik balik persetujuannya kepada cara pembayaran upahnya di bawah subseksyen (1) hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah yang keputusannya mengenai perkara itu adalah muktamad. 26. Syarat-syarat yang menghadkan tempat, cara dan orang yang mana upah yang dibayar hendak dibelanjakan, menyalahi undang-undang. Tiada majikan boleh mengenakan apa-apa syarat dalam mana-mana kontrak perkhidmatan darihal tempat di mana, atau cara di mana, atau orang dengan mana, apa-apa upah yang dibayar kepada pekerja perlu dibelanjakan dan apa-apa syarat sedemikian dalam se-suatu kontrak perkhidmatan hendaklah terbatal dan tidak berkuatkuasa. 27. Faedah ke atas pendahuluan dilarang. Tiada majikan yang boleh: (a) membuatapa-apapotongan;atau (b) menerimaapa-apapembayaran, daripada mana-mana pekerja secara diskaun, faedah atau sebarang bayaran yang sama bagi apa-apa pendahuluan atau pendahuluan-pendahuluan upah yang dibuat kepada pekerja dengan menganggap upah akan dibayar pada tarikh yang biasa, sekiranya pendahuluan atau pendahuluan-pendahuluan itu tidak melebihi satu bulan upah. 28. Sekatan atas tempat-tempat di mana upah boleh dibayar. Tiada majikan yang boleh membayar upah kepada pekerja-pekerja di kedai minuman keras atau lain-lain tempat perniagaan yang serupa atau di tempat-tempat hiburan atau kedai-kedai atau stor bagi jualan runcit barangan kecuali bagi pekerja-pekerja yang bekerja di tempat itu. 29. Saraan lain daripada upah. (1) Tiada apa-apa dalam Bahagian ini yang boleh menjadikan sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang pekerja di mana majikan bersetuju menyediakan pekerja dengan rumah tempat tinggal, makanan, minyak, elektrik, air, rawatan pembatan atau apa-apa kemudahan yang diluluskan atau perkhidmatan yang diluluskan sebagai tambahan kepada upah tetapi tiada majikan boleh menyediakan mana-mana pekerjanya dengan apa-apa arak yang memabukkan sebagai sebahagian daripada syarat-syarat kontrak perkhid- matannya. (2) Ketua Pengarah bolehlah, atas permohonan yang dibuat kepadanya secara bertulis oleh majikan, meluluskan secara bertulis apa-apa kemudahan atau perkhidmatan sebagai kemudahan yang diluluskan atau perkhidmatan yang diluluskan, dan dalam memberikan kelulusan itu Ketua Pengarah bolehlah membuat ubahsuaian-ubahsuaian tertentu kepadanya atau mengenakan syarat- syarat ke atasnya sebagaimana yang ia fikir berpatutan. (3) Mana-mana orang yang tidak puas hati terhadap apa-apa keputusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (2) bolehlah, dalam masa tiga puluh hari daripada keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu secara bertulis kepada Menteri. (4) Atas mana-mana rayuan yang dibuat kepadanya di bawah subseksyen (3), Menteri bolehlah membuat keputusan atau perintah ke atasnya sebagaimana yang berpatutan, dan keputusan atau perintah tersebut adalah muktamad. 30. (Dipotong).
|
B. Malaysia |