B. Malaysia

 


BAHAGIAN IV

POTONGAN-POTONGAN DARIPADA UPAH

24. Potongan-potongan sah.

(1) Tiada potongan boleh dibuat oleh seseorang majikan daripada upah seseorang pekerja selain daripada mengikut Akta ini.

(2) Maka adalah sah bagi seseorang majikan untuk membuat potongan-potongan berikut:

(c) potongan-potongan berkenaan dengan pembayaran-pembayaran kepada pihak ketiga bagi pihak pekerja;

(d) potongan-potongan berkenaan dengan bayaran-bayaran bagi pembelian oleh pekerja akan apa-apa barang perniagaan majikan yang ditawarkan untuk jualan oleh majikan;

(e) potongan-potongan berkenaan dengan sewa tempat tinggal dan kos perkhidmatan, makanan dan minuman yang disediakan oleh majikan kepada pekerja atas permintaan pekerja atau di bawah syarat-syarat kontrak perkhidmatan pekeija.

(5) Ketua Pengarah tidak boleh membenarkan apa-apa potongan bagi bayaran-bayaran di bawah subseksyen (4)(<?) melainkan jika dia berpuas hati bahawa penyediaan tempat tinggal, perkhidmatan, makanan atau minuman itu adalah untuk faedah pekerja itu.

(6) Sekiranya seseorang pekerja memperoleh bahan-bahan makanan, bekalan atau barang-barang lain secara kredit daripada sesebuah kedai yang mana perniagaannya itu dijalankan oleh sesuatu pertubuhan koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Koperasi 1993, maka adalah sah bagi majikan, atas permintaan secara bertulis oleh pekerja itu, dan dengan persetujuan pengurus
kedai koperasi itu, untuk membuat potongan-potongan daripada upah pekerja itu dengan tidak melebihi jumlah kredit itu dan membayar jumlah yang dipotong tersebut kepada pengurus itu sebagai penyelesaian hutang pekerja.

(7) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), (3), (4) dan (6) Ketua pengarah, atas permohonan oleh majikan tertentu atau golongan atau golongan-golongan tertentu majikan, boleh membenarkan apa-apa potongan bagi sesuatu maksud tertentu daripada upah pekerja tertentu atau golongan atau golongan-golongan tertentu pekerja, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan.

(8) Jumlah besar bagi jumlah-jumlah yang dipotong di bawah seksyen ini daripada upah seseorang pekerja berkenaan dengan mana-mana satu bulan tidaklah boleh melebihi lima puluh peratus daripada upah yang diperolehi oleh pekerja itu sepanjang bulan itu.


(9) Had-had dalam subseksyen (8) tidaklah terpakai bagi—

(a) potongan-potongan daripada indemniti yang perlu dibayar oleh pekerja kepada majikan di bawah seksyen 13(1);

(b} potongan-potongan daripada pembayaran terakhir apa-apa upah seseorang pekerja bagi apa-apa jumlah yang perlu dibayar kepada majikan dan masih belum dibayar oleh pekerja di atas penamatan kontrak perkhidmatan pekerja
itu;

(c) potongan-potongan bagi pembayaran balik pinjaman perumahan yang, tertakluk kepada kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Ketua Pengarah, boleh melebihi had lima puluh peratus itu dengan sebanyak jumlah tambahan yang tidak melebihi dua puluh lima peratus daripada upah yang diperolehi.

 
B. Malaysia