B. Malaysia

 


BAHAGIAN III

PEMBAYARAN UPAH

18. Tempoh upah.

(1) Sesuatu kontrak perkhidmatan hendaklah menetapkan suatu tempoh upah tidak melebihi satu bulan.

(2) Jika dalam mana-mana kontrak perkhidmatan tiada tempoh upah yang ditetapkan, tempoh upah hendaklah bagi maksud-maksud kontrak tersebut dianggap sebagai satu bulan.

19. Masa pembayaran upah.

Setiap majikan hendaklah membayar upah-upah kepada setiap pekerja-pekeijanya tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh upah, ditolak potongan-potongan yang sah, yang diperolehi oleh pekerja tersebut dalam masa tempoh upah tersebut:

Dengan syarat bahawa jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pembayaran di dalam masa tersebut adalah tidak boleh dibuat dengan munasabahnya ia bolehlah, atas permohonan majikan, melanjutkan masa pembayaran dengan bilangan hari tertentu sebagaimana yang ia fikir berpatutuan.

20. Pembayaran atas penamatan biasa kontrak.

Upah-upah, ditolak apa-apa potongan yang sah yang diperolehi oleh tetapi belum lagi dibayar kepada seseorang pekerja yang mana kontrak perkhidmatannya tamat menurut seksyen 11 (1) atau seksyen 12 hendaklah dibayar kepada pekerja tersebut tidak lewat daripada hari di mana kontrak perkhidmatan itu tamat sedemikian.

21. Pembayaran atas penamatan kontrak dalam keadaan- keadaan yang khas dan atas perlanggaran kontrak.

(1) Sekiranya majikan menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja tanpa notis menurut seksyen 13(1) atau (2) dan seksyen 14 (1)(a):

(a) upah-upah ditolak apa-apa potongan yang berhak dibuat oleh majikan di bawah seksyen 24, yang diperolehi oleh pekerja tersebut sehingga dan termasuk hari sebelum hari di mana penamatan kontrak perkhidmatan itu mula berkuat- kuasa; dan

(b) sebagai tambahan, sekiranya majikan menamatkan kontrak perkhidmatan di bawah seksyen 13 (1), maka indemniti yang patut dibayar kepada pekerja di bawah subseksyen itu,

hendaklah dibayar oleh majikan kepada pekerja tidak lewat daripada hari di mana kontrak perkhidmatan itu ditamatkan sedemikian.

(2) Sekiranya pekerja menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan seorang majikan tanpa notis menurut seksyen 13(1) atau (2) atau seksyen 14 (3), maka upah-upah ditolak apa-apa potongan yang berhak dibuat oleh majikan di bawah seksyen 24, yang diperolehi oleh pekerja tersebut dan termasuk hari sebelum hari di mana penamatan kontrak perkhidmatan mula berkuatkuasa hendaklah
dibayar oleh majikan kepada pekerja tidak lewat daripada hari ketiga selepas hari di mana kontrak perkhidmatan ditamatkan sedemikian.

22. Had bagi pendahuluan kepada pekerja-pekerja.

Maka tiadalah majikan boleh dalam masa mana-mana satu bulan membuat pendahuluan atau pendahuluan-pendahuluan upah kepada pekerja yang belum lagi diperolehi oleh pekerja tersebut, yang mana melebihi dalam agregatjumlah upah yang mana pekerja itu perolehi dalam bulan yang sebelumnya daripada perkhidmatannya dengan majikan tersebut, atau jika ia tidak berada begitu lama dalam perkhidmatan majikan tersebut, jumlah yang ia mungkin perolehi dalam perkhidmatan tersebut dalam masa satu bulan, melainkan pendahuluan tersebut dibuat kepada pekerja:

(a) bagi membolehkannya membeli sebuah mmah atau membina atau membaiki rumah;

(b) bagi membolehkannya membeli tanah;

(c) bagi membolehkannya membeli ayam itik;

(d) bagi membolehkannya membeli sebuah motokar, motosikal atau basikal;

(dd) bagi membolehkannya membeli syer pemiagaan majikan itu yang ditawarkan untukjualan oleh majikan itu;

(e) bagi mana-mana tujuan lain:

(i) berkenaan dengan mana suatu permohonan secara bertulis dibuat oleh majikan kepada Ketua Pengarah;

(ii) yang mana, pada pendapat Ketua Pengarah, berfaedah kepadapekerja; dan

(iii) yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pengarah, dengan syarat bahawa dalam memberikan kelulusan itu, Ketua Pengarah bolehlah membuat ubahsuaian-
ubahsuaian tertentu kepadanya atau mengenakan syarat-syarat tertentu ke atasnya sebagaimana yang difikirkannya berpatutan;

(f) bagi lain-lain tujuan tertentu sebagaimana Menteri dari semasa ke semasa, melalui pemberitahu di dalam Warta, tetapkan sama ada pada umumnya berkaitan dengan semua pekerja atau hanya berkaitan dengan mana-mana pekerja tertentu atau mana-mana golongan, kategori atau jenis
pekerja.

23. Upah tidak perlu dibayar bagi ketidakhadiran kerja
disebabkan oleh pemenjaraan atau kehadiran di
mahkamah.

Upah tidaklah perlu dibayar kepada atau diperolehi oleh pekerja daripada majikannya bagi atau atas sebab tempoh apa-apa pemenjaraan yang dijalani oleh pekerja itu atau bagi mana-mana tempoh yang dijalani oleh pekerja itu dalam jagaan bagi atau atas sebab mana-mana tempoh yang diambil oleh pekerja itu untuk pergi atau pulang daripada penjara atau lain-lain tempat jagaan atau bagi atau atas sebab mana-mana tempoh yang dijalani olehnya untuk pergi, hadir di hadapan atau pulang daripada mahkamah selain
daripada sebagai saksi bagi pihak majikannya.

 

 
B. Malaysia