B. Malaysia |
BAHAGIAN XV PENGADUAN DAN SIASATAN 69. Kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat tentang pengaduan. (1) Ketua Pengarah boleh menyiasat dan memutuskan mana- mana pertikaian antara seorang pekerja dan majikannya mengenai gaji atau mana-mana bayaran lain dengan wang tunai yang kena dibayar kepada pekerja tersebut di bawah— (a) mana-mana syarat kontrak perkhidmatan antara pekerja tersebut dan majikannya; (b) mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya; atau (c) peruntukan-peruntukan Akta Majlis Gaji 1947 atau mana- mana perintah yang dibuat di bawahnya, dan, menurut keputusan tersebut, boleh membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan untuk pembayaran oleh majikan suatu jumlah wang tertentu sebagaimana yang disifatkannya adil tanpa batasan tentang jumlah itu. (2) Kuasa-kuasa Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk kuasa untuk mendengar dan memutuskan, mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Bahagian ini, apa-apa tuntutan oleh— (i) seorang pekerja terhadap mana-mana orang yang bertanggungan di bawah seksyen 33; (ii) seorang sub-kontraktor buruh terhadap seorang kontraktor atau sub-kontraktor untuk apa-apa jumlah yang sub- kontraktor buruh menuntut supaya dibayar kepadanya mengenai apa-apa kerja yang disediakan olehnya di bawah kontraknya dengan kontraktor atau sub-kontraktor; atau (iii) seorang majikan terhadap pekerjanya mengenai tanggung rugi yang kena dibayar kepada majikan tersebut di bawah seksyen 13(1), dan untuk membuat perintah-perintah berbangkit tertentu sebagai- mana yang perlu untuk memberi kesan kepada keputusannya. (3) Selain daripada kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen- subseksyen (1) dan (2), Ketua Pengarah boleh menyiasat dan men- gesahkan atau mengenepikan apa-apa keputusan yang dibuat oleh seorang majikan di bawah seksyen 14(1) dan Ketua Pengarah boleh membuat perintah-perintah berbangkit tertentu sebagaimana yang perlu untuk memberi kesan kepada keputusannya: Dengan syarat bahawa jika keputusan majikan di bawah seksyen 14(l)(a) diketepikan, perintah berbangkit Ketua Pengarah terhadap majikan tersebut hendaklah dihadkan kepada pembayaran ganti rugi sebagai ganti notis dan lain-lain pembayaran yang pekerja itu ber- hak seolah-olah tidak ada salah laku yang telah dilakukan oleh pekerja: Dengan syarat lagi bahawa Ketua Pengarah hendaklah tidak mengenepikan mana-mana keputusan yang dibuat oleh seorang majikan di bawah seksyen 14(1 )(c) jika keputusan tersebut tidak menyebabkan apa-apa kerugian dalam gaji atau lain-lain bayaran yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhid- matannya: Dan dengan syarat lagi bahawa Ketua Pengarah hendaklah tidak menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen ini melainkan pekerja telah membuat suatu aduan kepadanya di bawah peruntukan- peruntukan Bahagian ini dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh atas mana keputusan di bawah seksyen 14 itu disampaikan ke- padanya sama ada secara lisan atau secara bertulis oleh majikan- nya. (SA) Sesuatu perintah yang dibuat oleh Ketua Pengarah bagi pembayaran wang di bawah seksyen ini hendaklah membawa faedah pada kadar 8 peratus setahun, atau apa-apa kadar lain yang tidak melebihi 8 peratus setahun sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, faedah itu hendaklah dikira bermula pada hari ketiga puluh satu dari tarikh perintah itu dibuat hingga hari perintah itu dipenuhi: Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah, atas permohonan oleh majikan yang dibuat dalam masa 30 hari dari tarikh perintah itu dibuat, jika dia berpuas hati bahawa adanya hal keadaan khas, boleh menetapkan mana-mana tarikh lain yang darinya faedah itu hendaklah dikira. (4) Seseorang yang gagal mematuhi mana-mana keputusan atau perintah Ketua Pengarah yang dibuat di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan juga, dalam hal kesalahan berterusan, boleh dikenakan denda harian tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 69A. Had bagi kuasa yang diberi oleh seksyen 69. Walau apa pun peruntukan dalam seksyen 69, Ketua Pengarah tidak boleh menyiasat, mendengar, memutuskan atau membuat sebarang perintah berkaitan dengan mana-mana tuntutan, pertikaian atau yang berupa pertikaian, menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967— (a) belum selesai dalam mana-mana siasatan mana-mana prosiding di bawah Akta tersebut; (b) telah diputuskan oleh Menteri di bawah seksyen 20(3) Akta tersebut; atau (c) telah dirujuk, atau masih belum selesai dalam mana-mana prosiding di hadapan Mahkamah Perusahaan. 69B. Kuasa-kuasa tambahan Ketua Pengarah untuk menyiasat pengaduan. (1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan Akta ini, kuasa-kuasa Ketua Pengarah di bawah seksyen 69(1 )(fl) hendaklah meliputi pekerja-pekerja yang upahnya melebihi 1,500 ringgit tetapi tidak melebihi 5,000 ringgit. (2) Bagi maksud seksyen ini, istilah "upah" ertinya upah sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 tetapi tidak termasuk apa- apa pembayaran secara komisen, elaun sara diri atau bayaran lebihmasa. (3) Kecuali bagi Bahagian XV dan XVI yang adalah terpakai dengan ubahsuaian yang perlu, peruntukan-peruntukan lain Akta ini tidaklah terpakai bagi pekerja-pekerja yang disebut dalam subseksyen(l). 69c. Tuntutan untuk indemniti bagi penamatan kontrak tanpa notis. (1) Pada menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 69B(1), Ketua Pengarah boleh menyiasat dan memutuskan apa-apa tuntutan mengenai apa-apa indemniti yang kena dibayar kepada majikan atau pekerjajika kontrak perkhidmatan ditamatkan oleh salah satu pihak tanpa notis, atau jika notis telah diberi, tanpa menunggu habis tempoh notis itu. (2) Indemniti yang kena dibayar kepada majikan atau pekerja di bawah subseksyen (1) adalah jumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pekerja itu dalam masa tempoh notis atau dalam masa belum habis tempoh notis itu. 69D. Perintah Ketua Pengarah bolehlah secara bertulis. Walau apa pun pemntukan seksyen 69(1), sesuatu perintah Ketua Pengarah yang dibuat di bawah seksyen 69B(1) atau 69c(l) bagi pembayaran oleh atau kepada majikan atau pekerja akan sejumlah wang sebagaimana yang Ketua Pengarah fikirkan adil, tanpa apa-apa had jumlahnya, bolehlah dibuat secara bertulis. 69E. Penalti bagi kesalahan. Seseorang yang gagal mematuhi sesuatu keputusan atau perintah Ketua Pengarah yang dibuat di bawah seksyen 69B(1) atau 69c(l) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan juga, dalam hal kesalahan berterusan, boleh dikenakan denda harian tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 70. Prosedur dalam siasatan Ketua Pengarah. Prosedur untuk menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul di bawah seksyen 69,69B dan 69c hendaklah seperti berikut: (d) orang yang mengadu hendaklah mengemukakan suatu penyataan bertulis kepada Ketua Pengarah darihal pengaduannya dan remedi yang dikehendakinya atau ia hendaklah dengan sendiri membuat suatu penyataan kepada Ketua Pengarah darihal pengaduannya dan remedi yang dikehendakinya; (b) Ketua Pengarah hendaklah seberapa segera yang boleh selepas itu menyelidik pengaduan itu atas sumpah atau ikrar dan hendaklah merekodkan isi penyataan orang yang mengadu itu dalam buku kesnya; (c) Ketua Pengarah boleh membuat penyiasatan tersebut sebagaimana yang ia anggap perlu bagi memuaskan hatinya sendiri bahawa aduan itu menunjukkan perkara- perkara yang pada pendapatnya harus disiasati dan boleh menyaman dalam borang yang ditetapkan orang yang diadukan itu atau jika nampak kepadanya tanpa apa-apa penyiasatan bahawa pengaduan itu menunjukkan perkara- perkara yang harus disiasati ia boleh dengan segera menyaman orang yang diadukan itu: Dengan syarat bahawa jika orang yang diadukan itu hadir dengan sendiri di hadapan Ketua Pengarah, maka adalah tidak perlu untuk menyampaikan saman kepadanya; (d) bila mengeluarkan saman kepada orang yang diadukan Ketua Pengarah hendaklah memberi notis kepada orang tersebut darihal jenis pengaduan yang dibuat terhadapnya dan nama pengadu dan hendaklah memberitahu kepadanya darihal tarikh, masa dan tempat di mana ia dikehendaki hadir dan hendaklah memberitahu kepadanya bahawa ia boleh membawa bersamanya mana-mana saksi yang ia ingin panggil bagi pihaknya dan bahawa ia boleh memohon kepada Ketua Pengarah supaya mengeluarkan saman kepada orang tersebut supaya hadir sebagai saksi bagi pihaknya; (e) apabila Ketua Pengarah mengeluarkan saman kepada orang yang diadukan ia hendaklah memberitahu pengadu darihal tarikh, masa dan tempat yang disebutkan di dalamnya dan hendaklah mengarahkan pengadu supaya membawa bersamanya mana-mana saksi yang ia ingin panggil bagi pihaknya dan bolehlah, atas permintaan pengadu, dan ter- takluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikir- kannya patut dikenakan mengeluarkan saman kepada saksi- saksi tersebut supaya hadir bagi pihak pengadu; (f) apabila pada bila-bila masa sebelum atau semasa suatu penyiasatan Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat mana-mana orang yang ke- pentingan kewangannya mungkin akan terlibat oleh keputusan yang akan dibuatnya apakala selesai penyiasatan itu atau orang yang ia ada sebab untuk mempercayai se- bagai mempunyai pengetahuan darihal perkara-perkara yang menjadi persoalan atau boleh memberi sebarang keterangan yang berkaitan kepadanya, maka ia boleh menyaman mana-mana atau semua orang tersebut; (g) Ketua Pengarah hendaklah, pada masa dan tempat yang dipilih, menyelidik atas sumpah atau ikrar orang-orang yang disaman atau selainnya hadir yang keterangannya ia anggap penting kepada perkara yang dipersoalkan dan hendaklah selepas itu memberi keputusannya atas perkara yang dipersoalkan; (h) jika orang yang diadukan itu atau mana-mana orang yang kepentingan kewangannya Ketua Pengarah ada sebab untuk mempercayai akan terlibat dan orang itu telah di- saman supaya hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam saman itu tidak hadir, maka Ketua Pengarah boleh mendengar dan memutuskan aduan itu dalam ketidak- hadiran orang tersebut tanpa mengira bahawa kepentingan orang itu boleh dimudaratkan oleh keputusannya; (i) bagi membolehkan mahkamah menguatkuasakan ke- putusan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah hendaklah me- muatkan keputusannya dalam suatu perintah dalam borang tertentu sebagaimana yang ditetapkan. 71. Rekod siasatan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah hendaklah menyimpan sebuah buku kes dalam masa ia hendaklah merekodkan keterangan orang-orang yang disaman atau selainnya yang hadir dan keputusan dan perintahnya dalam setiap perkara yang dipersoalkan di hadapannya dan hendaklah mengesahkannya dengan menurunkan tandatangannya ke atasnya dan rekod dalam buku kes tersebut hendaklah menjadi keterangan yang cukup darihal pemberian apa-apa keputusan; dan mana-mana orang yang berkepentingan dalam keputusan atau perintah tersebut hendaklah berhak mendapat satu salinan darinya dengan percuma dan satu salinan rekod tersebut atas bayaran fee yang ditetapkan. 72. Percantuman beberapa aduan ke dalam satu aduan. Sekiranya nampak kepada Ketua Pengarah dalam mana-mana prosiding di bawah Bahagian ini bahawa terdapat lebih ramai pekerja daripada seorang pekerja yang mempunyai sebab yang sama untuk mengadu terhadap majikan yang sama atau orang yang bertanggungjawab, adalah tidak perlu bagi setiap pekerja tersebut untuk membuat pengaduan yang berasingan di bawah Bahagian ini, tetapi Ketua Pengarah boleh, jika ia fikir patut, membenarkan seorang atau lebih orang-orang tersebut untuk membuat pengaduan dan untuk hadir dan bertindak bagi pihak yang lain-lain dan secara umumnya untuk mewakili mereka, dan Ketua Pengarah boleh tems membuat keputusan atas pengaduan bersama atau pengaduan- pengaduan bagi setiap dan semua pekerja tersebut: Dengan syarat bahawa, sekiranya Ketua Pengarah berpendapat bahawa kepentingan majikan atau orang yang bertanggungjawab itu mungkin akan dimudaratkan oleh ketidakhadiran mana-mana pekerja, ia hendaklah mengarahkan pekerja tersebut hadir sendiri. 73. Perintah larangan oleh Ketua Pengarah kepada pihak ketiga. (1) Bilamana Ketua Pengarah telah membuat suatu perintah di bawah seksyen 69, 69B atau 69c terhadap mana-mana majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran mana- mana jumlah wang kepada mana-mana pekerja atau subkontraktor bagi buruh dan Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa wujud antara majikan itu atau orang yang bertanggungjawab dan mana-mana orang lain suatu kontrak yang mana dalam masa pelaksanaannya pekerja atau subkontraktor melakukan kerja berkenaan yang mana perintah tersebut dibuat, Ketua Pengarah boleh menyaman orang yang lain itu dan, jika selepas penyiasatan itu ia berpuas hati bahawa kontrak sedemikian wujud, boleh membuat suatu perintah dalam borang yang ditetapkan melarangnya daripada membayar kepada majikan atau orang yang bertanggungjawab tersebut dan menghendakinya membayar kepada Ketua Pengarah apa-apa wang (tidak melebihi jumlah yang didapati kena dibayar kepada pekerja atau kontraktor tersebut untuk buruh) yang diakui olehnya sebagai terhutang kepada majikan atau orang yang bertanggungjawab berkaitan dengan kontrak tersebut: Dengan syarat bahawa sekiranya orang lain tersebut mengaku kepada Ketua Pengarah secara bertulis bahawa wang tersebut dihutang olehnya di bawah kontrak itu kepada majikan atau orang yang bertanggungjawab maka ia tidak perlu disaman untuk hadir di hadapan Ketua Pengarah dan Ketua Pengarah boleh membuat perintah tersebut tanpa kehadirannya: Dengan syarat selanjutnya bahawa sekiranya orang yang lain tersebut adalah bertanggungjawab sebagai seorang prinsipal di bawah seksyen 33(1) untuk membayar sebarang upah yang harus dibayar oleh majikan atau orang yang bertanggungjawab dan di mana wang yang diakui olehnya sebagai terhutang kepada majikan atau orang yang bertanggungjawab itu adalah tidak mencukupi untuk membayar kesemua upah tersebut maka tiada apa-apa dalam subseksyen ini yang boleh melepaskannya dari tanggungannya bagi baki upah tersebut sehingga jumlah yang ia bertanggungjawab di bawah proviso (b) subseksyen tersebut. (2) Pembayaran apa-apa wang menurut suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi perlepasan dan bayaran sehingga jumlah wang yang dibayar sedemikian itu kepada majikan atau orang yang bertanggungjawab di bawah kontrak itu. 74. Tiada fee untuk saman: penyampaian saman. (1) Tiada fee yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan mana-mana saman yang dikeluarkan olehnya di bawah Bahagian ini. (2) Mana-mana saman tersebut boleh disampaikan oleh Mahkamah atau Mahkamah Majistret bagi pihak Ketua Pengarah, atau dalam cara yang lain, dan oleh orang yang tertentu, sebagaimana yang Ketua Pengarah anggap berpatutan. 75. Penguatkuasaan perintah Ketua Pengarah oleh Mah- kamah Sesyen. Sekiranya mana-mana perintah telah dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah Bahagian ini, dan perintah itu tidak dipatuhi oleh orang yang kepadanya ia dialamatkan, Ketua Pengarah bolehlah meng- hantarkan satu salinan diperakui darinya kepada Pendaftar Mah- kamah Sesyen, atau kepada Mahkamah Majistret Kelas Satu, yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana perintah itu berkaitan atau di tempat di mana perintah itu dibuat, dan Pendaftar atau Mahkamah tersebut, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan salinan tersebut supaya direkodkan dan dengan demikian perintah tersebut hendaklah boleh dikuatkuasakan bagi semua maksud sebagai penghakiman Mahkamah Sesyen, atau Mahkamah Majistret Kelas Satu, mengikut mana yang berkenaan, tanpa mengira yang penghakiman itu berkaitan dengan jumlah atau nilai yang melebihi bidang kuasa biasa Mahkamah tersebut: Dengan syarat bahawa tiada jualan harta tak alih bagi maksud- maksud penguatkuasaan tersebut boleh diperintahkan kecuali oleh Mahkamah Tinggi. 76. Rujukan soalan undang-undang oleh Ketua Pengarah kepada Mahkamah Tinggi. (1) Dalam mana-mana prosiding di bawah Bahagian ini, Ketua Pengarah boleh merujukkan mana-mana soalan undang-undang jika ia fikir mustahak untuk keputusan seorang Hakim Mahkamah Tinggi danjika ia berbuat demikian ia hendaklah memutuskan prosiding itu selaras dengan keputusan tersebut. (2) Rayuan bolehlah dibuat kepada Mahkamah Rayuan dari mana-mana keputusan Hakim di bawah subseksyen (1). 77. Rayuan terhadap perintah Ketua Pengarah kepada Mahkamah Tinggi. (1) Jika mana-mana orang yang kepentingan kewangannya terlibat tidak berpuas hati dengan keputusan atau perintah Ketua Pengarah di bawah seksyen 69,69B, 69c atau 73 orang tersebut boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi. (2) Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 4 Akta Kaedah Mahkamah Rendah 1955 prosedur dalam suatu rayuan kepada Mahkamah Tinggi hendaklah menjadi prosedur dalam rayuan sivil dari Mahkamah Sesyen dengan ubahsuaian tertentu sebagaimana keadaan-keadaan menghendaki. 78. Remedi pekerja bila majikan hampir melarikan diri. (1) Jika mana-mana pekerja mengadu kepada Majistret bahawa ia ada alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa majikannya, akan melarikan diri bagi mengelakkan bayaran upahnya, Majistret boleh menyaman majikan tersebut dan meng- arahkannya supaya menunjukkan sebab mengapa ia tidak patut diwajibkan memberi jaminan melalui bon supaya berada di Malaysia sehingga upah tersebut dibayar; dan jika, selepas mendengar keterangan majikan tersebut, Majistret memutuskan bahawa bon tersebut mesti diberikan Majistret bolehlah memerintahkan majikan itu supaya memberi jaminan melalui bon sejumlah wang tertentu yang nampak berpatutan kepada Majistret, bahawa ia tidak akan meninggalkan Malaysia, sehingga Mahkamah berpuas hati bahawa semua tuntutan yang berpatutan pekerja tersebut terhadapnya untuk mendapat upah telah dibayar atau diselesaikan. (2) Jika majikan gagal mematuhi syarat-syarat dalam perintah tersebut untuk memberi jaminan, maka ia hendaklah ditahan dalam penjara sehingga perkiraan yang memuaskan hati Majistret telah dibuat untuk menyelesaikan tuntutan pekerja tersebut: Dengan syarat bahawa: (a) majikan tersebut hendaklah dibebaskan pada bila-bila masa oleh Majistret yang memenjarakan setelah jaminan diberikan atau setelah ia membayar sama ada keseluruhan atau sebahagian darinya yang nampak berpatutan kepada Majistret sebagai tuntutan yang berpatutan pekerja tersebut terhadapnya untuk mendapatkan upah atau setelah di- failkan suatu petisyen kebankrapan olehnya atau terhadap- nya;dan (b} dalam mana-mana hal tempoh penahanan sedemikian tidak boleh melebihi tiga bulan. (3) Bon yang harus dibenkan oleh seorang majikan hendaklah merupakan bon peribadi dengan satu atau lebih penjamin, dan denda bagi pelanggaran bon itu hendaklah ditetapkan dengan mengambil perhatian kepada keadaan-keadaan kes itu dan punca pendapatan majikan. (4) Jika atas atau selepas suatu pengaduan oleh mana-mana pekerja di bawah subseksyen (1) nampak kepada Majistret bahawa ada alasan yang baik untuk mempercayai bahawa majikan yang diadukan telah melarikan diri atau sedang melarikan diri atau akan melarikan diri, Majistret tersebut bolehlah mengeluarkan waran bagi penahanan majikan itu dan majikan tersebut hendaklah ditahan dalam jagaan sementara menunggu pembicaraan aduan tersebut melainkan ia mendapat jaminan yang baik dan mencukupi bagi memuaskan hati Mahkamah untuk kehadirannya untuk menjawab aduan tersebut. (5) Bagi tujuan-tujuan seksyen ini satu sijil yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah dan dikeluarkan kepada Majistret yang mengesahkan bahawa upah yang dituntut telah dibayar atau diselesaikan hendaklah merupakan keterangan yang mencukupi darihal pembayaran atau penyelesaian tersebut. 79. Kuasa-kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat kesalahan- kesalahan yang mungkin di bawah Akta ini. (1) Bilamana Ketua Pengarah mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, atau ingin menyiasat mana-mana perkara yang diuruskan oleh Akta ini, atau mana-mana pertikaian darihal perkara tersebut atau darihal kematian atau kecederaan seorang pekerja (yang bukan perkara suatu penyiasatan di bawah Akta Elektrik, 1949, atau Akta Jentera dan Kilang, 1967, atau mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan perlombongan yang pada masa itu berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya) atau berkenaan mana-mana perkara berhubung dengan penyimpanan daftar-daftar dan dokumen-dokumen lain, atau bila mana mana-mana orang mengadu kepada Ketua Pengarah darihal mana-mana pelanggaran terhadap peruntukan Akta ini, maka Ketua Pengarah bolehlah menyaman mana-mana orang yang ia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai boleh memberi maklumat berkenaan kesalahan tersebut atau hal-perkara penyiasatan atau pengaduan tersebut. (2) Jika setelah penyiasatan sebagaimana yang tersebut di atas Ketua Pengarah berpendapat bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, ia boleh memulakan prosiding jenayah yang tertentu sebagaimana yang ia anggap mustahak. (3) Sesuatu saman yang dikeluarkan di bawah Seksyen ini hendaklah dalam borang tertentu yang ditetapkan. 80. Pemeriksaan atas saman oleh Ketua Pengarah. Mana-mana orang yang disaman oleh Ketua Pengarah di bawah Bahagian ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk hadir pada masa dan tempat yang ditentukan dalam saman itu dan untuk menjawab dengan benar semua soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Ketua Pengarah. 81. Hak pekerja untuk hadir di hadapan Ketua Pengarah. Tiada majikan yang boleh menghalang atau cuba untuk menghalang mana-mana pekerja daripada hadir di hadapan Ketua Pengarah menurut Bahagian ini. |
B. Malaysia |