BAHAGIAN XIlB PENGAMBILAN KERJA PEKERJA ASING 60K. Kewajipan untuk memberi maklumat dan penyata. (1) Majikan yang mengambil kerja seseorang pekerja asing hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas pengambilan kerja itu, memberikan kepada pejabat terdekat Ketua Pengarah butir-butir mengenai pekeija asing itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. (2) Majikan tertentu atau golongan atau golongan-golongan tertentu majikan, apabila jua dikehendaki berbuat demikian oleh Ketua Pengarah, hendaklah memberikan penyata mengenai butir- butir berhubungan dengan pengambilan kerja seseorang pekerja asing mengikut cara dan pada lat-lat tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah. peraturan yang dibuat menurut subseksyen (1) bolehlah mem- peruntukkan: (a) bagi takrif ungkapan "faedah-faedah penamatan", "faedah- faedah rentikerja sentara", atau "faedah-faedah persaraan", mengikut mana yang berkenaan, dan bagi keadaan-keadaan dalam mana faedah-faedah tersebut patut dibayar; (b) bagi pemakaiannya kepada pekerja-pekerja yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan sebelum sahaja bermulanya kuatkuasa peraturan-peraturan itu dan yang terus dalam pekerjaan tersebut selepas mula kuatkuasanya; (c) bagi pemakaiannya kepada semua pekerja secara am atau kepada mana-mana golongan, kategori atau perihal pekerja yang tertentu; (d) bagi mengeluarkan daripada pemakaiannya mana-mana pekerja atau pekerja-pekerja tertentu, atau mana-mana golongan kategori atau perihal pekerja; (e) bagi pembayaran kadar atau jumlah yang beriainan faedah- faedah penamatan, faedah-faedah rentikerja sentara, atau faedah-faedah persaraan, mengikut mana yang berkenaan, kepada golongan-golongan, kategori atau perihal pekerja- pekerja yang berlainan.
|
B. Malaysia |