BAHAGIAN XIlA FAEDAH-FAEDAH PENAMATAN, RENTIKERJA SENTARA, DAN PERSARAAN 60J. Faedah-faedah penamatan, rentikerja sentara dan persaraan. (1) Menteri bolehlah melalui peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, memperuntukkan bagi hak-hak pekerja untuk mendapat pembayaran daripada majikan tentang: (a) faedah-faedah penamatan; (b) faedah-faedah rentikerja sentara; (c) faedah-faedah persaraan. (2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan yang dibuat menurut subseksyen (1) bolehlah mem- peruntukkan: (d) bagi takrif ungkapan "faedah-faedah penamatan", "faedah- faedah rentikerja sentara", atau "faedah-faedah persaraan", mengikut mana yang berkenaan, dan bagi keadaan-keadaan dalam mana faedah-faedah tersebut patut dibayar; (b) bagi pemakaiannya kepada pekerja-pekerja yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan sebelum sahaja bermulanya kuatkuasa peraturan-peraturan itu dan yang terus dalam pekerjaan tersebut selepas mula kuatkuasanya; (c) bagi pemakaiannya kepada semua pekerja secara am atau kepada mana-mana golongan, kategori atau perihal pekerja yang tertentu; (d) bagi mengeluarkan daripada pemakaiannya mana-mana pekerja atau pekerja-pekerja tertentu, atau mana-mana golongan kategori atau perihal pekerja; (e) bagi pembayaran kadar ataujumlah yang berlainan faedah- faedah penamatan, faedah-faedah rentikerja sentara, atau faedah-faedah persaraan, mengikut mana yang berkenaan, kepada golongan-golongan, kategori atau perihal pekerja- pekerja yang berlainan.
|
B. Malaysia |