B. Malaysia

PERMULAAN


1. Tajuk ringkas dan pemakaian.

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kerja 1955.

(2) Akta ini hendaklah terpakai kepada Malaysia Barat sahaja.


2. Tafsiran.

(1) Dalam Akta ini, melainkan kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:

"kegiatan pertanian" ertinya apa-apa kerja dalam mana-mana pekerja diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan bagi tujuan- tujuan pertanian, perkebunan atau perhutanan, pemeliharaan binatang-binatang temakan dan ayam itik atau pengumpulan hasil tanaman atau pokok-pokok;

"kontrak perantisan" ertinya suatu kontrak bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan majikan yang mengaku akan mengambil orang itu bekeija dan melatih atau menjadikan ia terlatih secara sistematik untuk suatu tred bagi tempoh tertentu yang tidak kurang dari dua tahun dalam tempoh mana perantis itu terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan; atau

"kemudahan yang diluluskan atau perkhidmatan yang diluluskan" ertinya mana-mana kemudahan atau perkhidmatan:

(a) yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di bawah Seksyen29(2) atas permohonan yang dibuat kepadanya oleh

atau

(b) yang diperuntukkan dalam mana-mana award yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan atau dalam mana-mana perjanjian kolektif;

"skim gaji galakan yang diluluskan" ertinya suatu skim gaji galakan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di bawah, dan bagimaksud, Seksyen 60i;

"perjanjian kolektif' mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967;

"bersalin" ertinya melahirkan anak yang berlaku selepas sekurang-kurangnya dua puluh lapan minggu hamil dalam kelahiran seorang anak atau anak-anak, sama ada hidup atau mati, dan hendaklah bagi maksud-maksud Akta ini bermula dan berakhir pada hari sebenar kelahiran dan sekiranya dua atau lebih kanak-kanak dilahirkan pada satu kelahiran hendaklah bermula dan berakhir pada hari kelahiran kanak-kanak tersebut yang terakhir, dan perkataan "melahirkan" hendaklah ditafsirkan dengan sewajanya;

"kontraktor binaan" ertinya mana-mana orang, firma, perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan bagi tujuan kegiatan, sama ada secara eksklusif atau sebagai tambahan kepada atau dalam hubungan dengan lain-lain perniagaan, sebarang jenis kerja binaan yang menjalankan kerja binaan tersebut untuk atau bagi pihak orang lain di bawah kontrak yang dibuat olehnya atau mereka dengan orang lain tersebut, dan termasuklah waris-waris, pemegang wasiat, pentadbir, penerima serahak dan pengganti bagi dirinya atau bagi mereka;

"kerja binaan" termasuklah pembinaan, pembinaan semula, pengendalian, membaiki, meminda atau merobohkan mana-mana bangunan, landasan, pelabuhan, limbungan, dermaga, terusan, laluan air daratan, jalan, terowong, jambatan, jejambat, pembetung, longkang, telaga, lubang, wayarles, telegrafik atau pemasangan telefonik, kerja elektrik, kerja gas, kerja air atau lain-lain kerja pembinaan dan penyediaan bagi atau meletakkan asas-asas bagi kerja atau struktur tersebut dan juga sebarang kerja bumi kedua-duanya dalam penggalian dan penambakkan;

"kontrak perkhidmatan" ertinya mana-mana perjanjian, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, di mana seorang bersetuju untuk mengambil bekerja seorang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah kontrak perantisan;

"kontraktor" ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak dengan prinsipal untuk menjalankan kesemua atau mana-mana bahagian kerja yang diusahakan oleh prinsipal dalam menjalankan atau bagi tujuan-tujuan tred atau perniagaan prinsipal;

"hari" ertinya:

(a) suatu tempoh dua puluh empat jam yang berterusan bermula dari tengah malam; atau

(b) bagi maksud-maksud Bahagian XII berhubung dengan seseorang pekerja yang terlibat dalam kerja gilir atau dalam kerja, jika waktu bekerja biasa dilanjutkan selepas tengah malam, suatu tempoh dua puluh empat jam yang berterusan bermula dari mana-mana masa;

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Buruh yang dilantik dibawah seksyen 3(1);

"kakitangan domestik" ertinya seseorang yang diambil bekerja berhubung dengan kerja sesuatu tempat tinggal persendirian dan tidak berhubung dengan mana-mana tred, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan dalam tempat tinggal itu dan termasuklah tukang masak, pembantu rumah, ketua babu, jururawat kanak-kanak, pembantu rumah lelaki, pembantu pemandu, tukang kebun, tukang basuh atau tukang cuci, jaga, penjaga kuda dan pemandu atau pencuci mana-mana kenderaan yang diberi lesen untuk kegunaan persendirian:

"pekerja" ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang:

(a) dimasukkan dalam mana-mana kategori dalam Jadual Pertama setakat mana yang dinyatakan di dalamnya; atau

(b) berkaitan dengan orang yang mana Menteri membuat perintah di bawah subseksyen (3) atau seksyen 2A;

"majikan" ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil bekerja mana-mana orang lain sebagai pekerja dan termasuklah ejen, pengurus atau faktor bagi orang yang disebutkan mula-mula di atas, dan perkataan "mengambil bekerja" dengan pembahan-pembahan gramatisnya dan ungkapan-ungkapan seasalnya hendaklah ditafsirkan dengan sewajamya;

"pekerja asing" ertinya pekerja yang bukan warganegara;

"todi peram" dan "arak yang memabukkan" — (Dipotong);

"Mahkamah Perusahaan" mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya alam Akta Perhubungan Perusahaan 1967;

"kegiatan perusahaan" termasuklah:

(a) mengganggu, mengubah, membuang, menjalankan, membasuh, memilih, mencair, menapis, memecah atau usaha lainnya dengan mana-mana batu-batan, batu kerikil, tanah liat, pasir, tanah-tanih, najis atau galian oleh sebarang kaedah atau cara apa pun;

(b) perusahaan-perusahaan yang mana benda-benda dikeluarkan, dipinda, dicuci, dibaiki, dipasang, disiapkan, diubahsuai untuk jualan, dibungkus atau selainnya disediakan untuk serahantar, dipecahkan atau dirobohkan atau dalam mana bahan-bahan diubah bentuk atau galian galian dicerakinkan, termasuklah pembinaan kapal dan penjanaan, pemindahan dan penyaluran arus elektrik atau kuasa motif dalam sebarang bentuk;

(c) kerja pembinaan;

(d) pengangkutan penumpang-penumpang atau barangan melalui jalan, landasan, air atau udara, termasuk pengendalian barangan limbungan, pengkalan, dermaga, gudang atau lapangan terbang;

(e) mana-mana perusahaan, pertubuhan atau kegiatan, atau sebarang aktiviti, khidmat atau kerja yang diisytiharkan dibawah subseksyen (5) sebagai kegiatan perusahaan;

"arak yang memabukkan" mempunyai makna yang sama sebagaimana yang diberikan kepada "arak yang memabukkan" dibawah seksyen 2 Akta Kastam 1967;

"jentera" mempunyai makna yang sama seperti dalam Akta Kilang dan Jentera 1967;

"pegawai perubatan" ertinya pengamal perubatan berdaftar yang diambil bekerja dalam bidang-tugas perubatan oleh Kerajaan Persekutuan atau oleh Kerajaan Negeri;

"pekerja separuh masa" ertinya seseorang yang dimasukkan dalam Jadual Pertama yang purata waktu bekerjanya sebagaimana yang dipersetujui di antaranya dengan majikannya tidak melebihi tujuh puluh peratus waktu bekerja biasa seseorang pekerja sepenuh masa yang diambil bekerja dalam bidang-tugas yang serupa dalam perusahaan yang sama, sama ada waktu bekerja biasa itu dikira dengan merujuk kepada hari, minggu, atau mana-mana tempoh lain sebagaimana yang ditentukan melalui peraturan-peraturan;

"pemastautin tetap" ertinya seseorang, yang bukan warganegara,yang dibenarkan bermastautin di Malaysia tanpa apa-apa had masa yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan imigresen, atau yang diperakui oleh Kerajaan Persekutuan sebagai hendaklah dikira sedemikian di Malaysia;

"tempat kerja" ertinya mana-mana tempat di mana kerja dijalankan untuk majikan oleh pekerja;

"prinsipal" ertinya mana-mana orang yang di dalam menjalankan atau bagi maksud-maksud tred atau pemiagaan berkontrak dengan kontraktor untuk dilaksanakan oleh atau di bawah kontraktor kesemua atau mana-mana bahagian kerja tersebut yang diusahakan oleh prinsipal;

"pengamal perubatan berdaftar" ertinya pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Pembatan 1971;

"kerja gilir" ertinya kerja yang dengan sebab jenis kerja itu memerlukan kerja itu dibuat berterusan atau bersambungan, mengikut mana yang berkenaan, oleh dua giliran atau lebih;

"tempoh masa sepuluh jam" ertinya suatu tempoh sepuluh jam berturut-turut yang diambil kira daripada masa pekerja memulakan kerja bagi sesuatu hari, termasuk mana-mana tempoh atau tempoh-tempoh kelapangan, rehat atau selingan dalam tempoh berturutan sepuluh jam tersebut;

"subkontraktor" ertinya mana-mana orang yang berkontrak dengan kontraktor untuk pelaksanaan oleh atau di bawah subkontraktor kesemua atau mana-mana bahagian kerja yang diusahakan oleh kontraktor bagi prinsipal, dan termasuklah mana-mana orang yang berkontrak dengan subkontraktor untuk menjalankan kesemua atau mana-mana bahagian kerja yang diusahakan oleh subkontraktor untuk kontraktor;

"subkontraktor untuk buruh" ertinya mana-mana orang yang berkontrak dengan kontraktor atau subkontraktor bagi membekal buruh yang diperlukan bagi melaksanakan kesemua atau mana-mana bahagian kerja yang kontraktor atau subkontraktor telah berkontrak untuk menjalankan bagi prinsipal atau kontraktor, mengikut mana yang berkenaan;

"kerja bawah tanah" ertinya sebarang kegiatan dalam mana operasi-operasi dilaksanakan bagi tujuan mengeluarkan apa-apa bahan daripada bawah permukaan bumi, di mana kegiatan me masuki ke dalam dan keluar daripadanya adalah secara meng gunakan shaf, adit atau gua batu semulajadi;

"tempoh upah" ertinya tempoh yang berkaitan dengan mana upah yang diperolehi oleh pekerja perlu dibayar;

"upah" ertinya upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai kepada seorang pekerja bagi kerja yang dibuat mengenai kontrak perkhidmatannya tetapi tidak termasuk—

(a) nilai mana-mana rumah tempat tinggal atau bekalan apa- apa makanan, minyak, lampu atau air atau rawatan perubatan atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;

(b) apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan sendiri kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan, skim pemberhentian kerja, mengurangkan pekerja, penamatan, rentikerja sementara atau skim persaraan, skim jimat-cermat atau mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang ditubuhkan untuk faedah dan kebajikan pekerja;

(c) apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

(d) apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang diperlukan olehnya kerana jenis pekerjaannya;

(e) apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan; atau

(f) apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari apa-apa bonus tahunan;

"minggu" ertinya suatu tempoh tujuh hari yang berterusan;

"tahun umur" ertinya satu tahun daripada tarikh seseorang dilahirkan.

(2) Menteri bolehlah dengan perintah meminda Jadual Pertama.

(3) Menteri bolehlah dengan perintah mengisytiharkan peruntukan-peruntukan tertentu Akta ini dan lain-lain undang- undang bertulis sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sebagai terpakai kepada mana-mana orang atau golongan orang yang diambil bekerja, yang terlibat atau yang berkontrak, untuk menjalankan kerja dalam mana-mana pekeijaan dalam sebarang kegiatan pertanian atau perusahaan, kerja binaan, badan berkanun, pihak berkuasa kerajaan tempatan, tred, perniagaan atau tempat kerja, dan dengan berkuatkuasanya mana-mana dari perintah- perintah tersebut:

(d) mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam perintah hendaklah disifatkan sebagai pekerja atau pekerja-pekerja;

(b} orang, badan berkanun atau pihak berkuasa kerajaan tempatan yang mengambil bekerja, terlibat atau berkontrak dengan setiap orang atau golongan orang tersebut hendaklah disifatkan sebagai majikan;

(c) majikan dan pekerja hendaklah disifatkan sebagai telah membuat kontrak perkhidmatan antara satu sama lain;

(d) tempat di mana pekerja tersebut menjalankan kerja bagi majikannya hendaklah disifatkan sebagai tempat pekerjaan; dan

(e) saraan untuk pekerja tersebut hendaklah disifatkan sebagai upah, bagi maksud-maksud peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam Akta ini dan lain-lain undang-undang bertulis.


(4) Menteri bolehlah membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan syarat-syarat di mana orang atau golongan orang yang ditetapkan menurut subseksyen (3) boleh diambil bekerja.

(4A) Walau apa pun peruntukan-peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—

(a) berkenaan dengan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan pekerja separuh masa; dan

(b) menetapkan cara bagaimana waktu bekerja seseorang pekerja hendak dihitung bagi maksud untuk menentukan sama ada pekerja itu termasuk dalam takrif "pekeija separuh masa".

(5) Menteri bolehlah, dari semasa ke semasa, dengan pemberitahu yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana perusahaan, pertubuhan atau kegiatan tertentu atau mana-mana golongan, kategori atau jenis perusahaan, pertubuhan atau kegiatan atau lain-lain kegiatan yang tertentu, khidmat atau kerja atau mana- mana golongan, kategori atau jenis kegiatan, khidmat atau keija, sebagai kegiatan perusahaan bagi maksud-aksud Akta ini.


2A. Menteri boleh melarang pekerjaan selain daripada dibawah kontrak perkhidmatan.

(1) Menteri bolehlah dengan perintah melarang pekerjaan, penglibatan atau kontrak mana-mana orang atau golongan orang menjalankan kerja dalam mana-mana pekerjaan dalam mana-mana kegiatan pertanian atau perusahaan, kerja binaan, badan berkanun, pihak berkuasa kerajaan tempatan, tred, perniagaan atau tempat kerja selain daripada di bawah suatu kontrak perkhidmatan yang dibuat dengan:

(a) prinsipal atau pemunya kegiatan pertanian atau perusahaan itu, kerja binaan, tred, perniagaan atau tempat kerja; atau

(b) badan berkanun tersebut atau pihak berkuasa tersebut.

(2) Dengan berkuatkuasa mana-mana perintah tersebut, orang atau golongan orang yang diambil bekerja, terlibat atau berkontrak untuk menjalankan kerja itu hendaklah isifatkan sebagai pekerja atau pekerja-pekerja dan:

(a) prinsipal atau pemunya kegiatan pertanian atau perusahaan itu, kerja binaan, tred, perniagaan atau tempat kerja; atau

(b) badan berkanun atau pihak berkuasa kerajaan tempatan, hendaklah disifatkan sebagai majikan bagi maksud-maksud peruntukan tersebut dalam Akta ini dan lain-lain undang-undang bertulis sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah.

(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Menteri bolehlah dengan perintah meluluskan pekeijaan mana-mana orang atau golongan orang oleh orang yang lain atau golongan orang tersebut (yang bukannya prinsipal atau pemunya) sebagaimana yang ia tetapkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ia fikir sesuai untuk dikenakan.

(4) Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

2B. Kuasa am untuk mengecualikan atau mengenepikan.

Menteri bolehlah dengan perintah mengecualikan atau mengenepikan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ia anggap sesuai untuk mengenakan, mana-mana orang atau golongan orang daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

3. Perlantikan pegawai-pegawai.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang pegawai yang dinamakan Ketua Pengarah Buruh, dalam Akta ini dirujukkan sebagai "Ketua Pengarah".

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik, bilangan tertentu sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan peruntukan-peruntukan Akta ini, pegawai-pegawai daripada kategori-kategori berikut, iaitu—

(a) Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Buruh;

(b) Pengarah-pengarah Buruh, Timbalan-timbalan Pengarah Buruh, Penolong-penolong Kanan Pengarah Buruh dan Penolong-penolong Pengarah Buruh; dan

(c) Pegawai-pegawai Buruh.

(3) Tertakluk kepada batasan-batasan tertentu, jika ada, sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah melaksanakan semua tugas-tugas yang dikenakan dan bolehlah menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh Akta ini, dan setiap tugas yang dilaksanakan itu dan kuasa yang dijalankan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilaksanakan dan dijalankan dengan sempurna bagi tujuan-tujuan Akta ini.


4. Rayuan.

Mana-mana orang yang tersentuh oleh mana-mana keputusan atau perintah, selain daripada perintah di bawah seksyen 69 atau seksyen 73, yang diberikan atau dibuat oleh pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3(2), bolehlah, jika ia tidak berpuas hati dengan keputusan atau perintah itu, dalam masa empat belas hari keputusan atau perintah itu diberitahu kepadanya, merayu secara bertulis terhadapnya kepada Ketua Pengarah.


5. Kesan undang-undang bertulis yang lain ke atas Akta.

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai melepaskan mana-mana orang yang telah membuat kontrak perkhidmatan, sama ada sebagai majikan atau sebagai orang yang diambil bekerja, daripada mana-mana tugas atau tanggungan yang dikenakan ke atasnya oleh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain pada masa itu berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau untuk menghadkan mana- mana kuasa yang boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai awam atau mana-mana hak yang diberikan kepada mana-mana orang yang tersebut di atas di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis itu.