Forums 论坛



Rose
20/12/2012 11:33:26
Re: BONUS

Salam Sejahtera.

Tuan,

Mohon pandangan tuan.

Syarikat tempat saya bekerja telah mengumumkan bayaran bonus kepada kakitangan yang berstatus jawatan tetap bagi tahun 2012 baru-baru ini.

Salah seorang kakitangan (yang telah bersara dan kini dilantik secara kontrak bagi tempoh pendek) telah membuat tuntutan bayaran bonus tersebut kepada syarikat atas perkhidmatannya pada tahun 2012 (tempoh sebelum bersara).

Saya difahamkan pemberian bonus adalah hak majikan dan terpulang kepada pertimbangan majikan samada kakitangan tersebut diberikan bonus atau tidak. Untuk pengetahuan tuan, Syarikat saya tidak mempunyai polisi mengenai pemberian bonus tersebut.

Walau bagaimanapun, saya memohon pandangan pihak tuan samada kakitangan tersebut layak menuntut bonus 2012 tersebut atas khidmatnya sebelum bersara pada tahun 2012 atau pun tidak.

Adakah 'practice' mana-mana syarikat memberikan bonus kepada kakitangan yang telah bersara.dan kebetulan dilantik secara kontrak.

Sekian, terima kasih.
Edit | Delete


KL Siew
klsiew.my@gmail.com
20/12/2012 15:52:32
Tanggapan anda memang tepat "pemberian bonus adalah hak majikan dan terpulang kepada pertimbangan majikan samada kakitangan tersebut diberikan bonus atau tidak"
Sehubung dengan kes anda, oleh kerana pembayaran bonus bukanlah "contractual", syarikat memang berhak mahu bayar atau tidak.
Anda boleh berhubung dengan Jabatan Buruh dan dapatkan nasihat daripada mereka.
Edit | Delete

Post Response (Feel free to share your experiences)

Name:
Email:  (optional)
Message:

 

Best to get official advice, call now! Labour Office   EPF   SOCSO