Forums 论坛



Ros
06/11/2012 16:15:46
Re: KEMUDAHAN & FAEDAH STAF

Salam Sejahtera,

Tuan,

Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak tuan, syarikat saya sekarang dalam proses menyemak kemudahan dan faedah kakitangan ('Handbook'). Adakah boleh sekiranya pihak majikan mengurangkan atau menghapuskan faedah atau elaun (cth: parking bulanan) yang telah diberikan kepada kakitangan sebelum ini selagi ianya tidak kurang daripada apa yang telah termaktub dalam Akta Kerja 1955.

Sekian, Terima Kasih.
Edit | Delete


KL Siew
klsiew.my@gmail.com
07/11/2012 08:50:04
Pada pendapat saya, faedah faedah boleh dikurangkan asalkan kurangan itu tidak bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Akta Kerja itu. Walaubagainmanapun, pekerja pekerja yang tidak berpuashati dengan keputusan majikan itu, boleh berbincang dengan majikan. Sehubung dengan itu, anda boleh membawa perkara ini kepada Jabatan Buruh untuk mendapatkan nasihat resmi daripada mereka.
Edit | Delete

Ros
07/11/2012 09:20:57
Terima kasih atas penjelasan. Saya akan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Buruh sebagaimana saranan tuan.
Edit | Delete

Post Response (Feel free to share your experiences)

Name:
Email:  (optional)
Message:

 

Best to get official advice, call now! Labour Office   EPF   SOCSO