Forums 论坛

wan
w_azura@yahoo.com
25/02/2009 17:17:17
Re: Pemberhentian pekerja wanita yang hamil

Saya mula bekerja sebagai pekerja tetap di sebuah syarikat swasta pada 01/03/08.. dan telah mendapat notis pemberhentian kerja pada 01/03/09, notis itu berkuatkuasa selama 3 bulan iaitu hari terakhir saya bekerja pada 31/05/09 . Sekarang saya mengandung dan akan bersalin pada 20/07/09. Adakah saya layak di berhentikan sewaktu mengandung @ notis itu hanya sah selepas saya bersalin dan cuti 2 bulan (maternity leave). Adakah saya juga layak untuk maternity leave tersebut?
Edit | Delete


KL Siew
kl_siew@yahoo.com
25/02/2009 17:49:47
Sekiranya gaji bulanan anda adalah lebih darapada RM1500, anda tidak tertakluk kepada Employment Act dan saya tidak dapat memberi ulasan tentang cuti bersalin atau bayaran elaun bersalin mengikut Akta itu. Apa yang saya dapat memberitahu anda setakat ini ialah selepas 31/5/09, anda boleh membuat aduan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (Industrial Relations Department) tentang pembuangan kerja anda itu. Pada masa itu anda boleh membangkitkan perkara eluan bersalin di sana. Walaubagaimanapun, anda boleh terus berhubung Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk mendapatkan suatu pandangan daripda mereka tentang kes anda terlebih dahulu.
Edit | Delete

wan
w_azura@yahoo.com
26/02/2009 11:04:14
Terima kasih Mr. KL Siew atas nasihat itu. Saya sudah membuat sedikit study ttg masalah saya ni. Saya lihat dalam Laws of Malaysia, di bawah ACT 265, klaus 37. (2) (a) dan (b) saya berhak bekerja dan mendapat cuti bersalin 2 bulan bergantung pada klaus 40. (1) yang perlu saya lakukan terlebih dahulu iaitu notis pemberitahuan saya mengandung kepada majikan. Apa pandangan Mr. KL Siew? Selain daripada ini, adakah saya tertakluk juga pada Akta Kerja 1955?
Edit | Delete

KL Siew
26/02/2009 12:47:54
Hasil study anda mamang tepat. Sebenarnya, Act 265 yang dinyatakan anda ialah Akta Kerja 1955 atau Employment Act 1955.
Edit | Delete

Post Response (Feel free to share your experiences)

Name:
Email:  (optional)
Message: