Ros
aiejaku@yahoo.com
20/10/2009 14:48:25
Re: Surat Tunjuk Sebab

Tuan/puan,

Saya ingin membuat pertanyaan seperti berikut:-

Majikan telah memberikan notis pemberhentian kerja kepada kakitangan selama 8 minggu atas sebab penutupan operasi dengan faedah pemberhentian kerja dan kemudiannya dalam termpoh tersebut, majikan telah menyedari kakitangan tersebut telah melakukan salah laku yang melibatkan kerugian kepada kewangan syarikat.

1) Disebabkan kesuntukan masa akibat tarikh akhir kakitangan tersebut berkhidmat yang hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi, adakah majikan boleh memberikan surat tunjuk sebab dengan tempoh minimum kepada kakitangan tersebut? Berapakah tempoh minimum yang boleh diberikan kepada kakitangan tersebut untuk menjawab surat tunjuk sebab tersebut?

2) Sekiranya majikan tidak berpuas hati dengan jawapan surat tunjuk sebab kakitangan tersebut, bolehkah DI dilakukan?

3) Sekiranya keputusan DI menunjukkan kakitangan tersebut didapati bersalah, adakah kakitangan tersebut layak menerima faedah penamatan kerja?

Mohon khidmat nasihat tuan/puan dengan segera. Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.
Edit | Delete

KL Siew
kl_siew@yahoo.com
20/10/2009 16:36:14
1. Majikan masih boleh memberikan surat tunjuk sebab. Tempoh adalah terpulang kepada majikan dan majikan boleh dapatkan garispanduan dalam Seksyen 14 Akta Kerja.
2. Jika tak berpuas hati dengan jawapan pehak majikan boleh adakan suatu Domestic Inquiry seperti dinyatakan dalam Seksyen 14 itu.
3. Jika pekerja didapati bersalah dan dikenakan pembuangan kerja, maka beliau akan hilang segala kelayakan untuk menerima faedah penamatan kerja. Anda boleh rujuk kepada Peraturan-peraturan disini

Disampin itu, anda adalah dinasihat mendapatkan pandangan dari Jabatan Buruh.
Edit | Delete

Ros
21/10/2009 15:31:00
Pandangan tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.
Edit | Delete

vani
18/03/2014 12:51:38
Tuan/Puan,

Sekiranya seorang pekerja telah berhenti dalam tempoh probation dengan notice seminggu seperti yang dipersetujui oleh kedua dua pihak dan ianya diterima . Namun, pekerja tersebut tidak dibayar gaji selepas itu tanpa sebab maka adakah pekerja tersebut layak untuk membuat laporan terrhadap majikan beliau. Berapa lamakah tempoh untuk membuat laporan tersebut selepas berhenti kerja?
Edit | Delete

Post Response (Feel free to share your experiences)

Name:
Email:  (optional)
Message: