Forums 论坛

waiinna
dianabung@yahoo.com.my
30/09/2009 15:46:54
Re: di berhenti sebelum bersalin

saya dah bekerja dengan company ini dari january 2006 hinggalah di beri notis berhenti dalam tempoh 1 bulan dari 4.04.09 dan berakhir 04.05.09 dengan gaji Rm 1,100.00.semasa saya di berhentikan saya tengah mengandung 7 bulan.memang ada dalam surat tawaran yang menyatakan sekiranya saya ingin berhenti atau majikan ingin memberhentikan saya hendaklah memberi notis 1 bulan.tapi sekarang yang saya nak tanya adakah patut company saya membayar maternity leave untuk saya? sebab saya dah berkhidmat dengan company tersebut selama 7 bulan semasa tengah saya mengandung?
Edit | Delete


KL Siew
kl_siew@yahoo.com
30/09/2009 16:30:55
Cerita diberi anda tidak jelas. Harap menjawab soal-soalan berikut:

1. Kadar gaji anda
2. Tarikh mula bekerja disyarikat ini.
3. Bila diberhentikan pada 4/5/09, pihak syarikat adakah memberi apa-apa faedah penamatan kerja selain gaji anda?
4. Tarikh yang anda jangka bersalin?
Edit | Delete

waiinna
dianabung@yahoo.com.my
30/09/2009 17:06:49
TQ coz answer my question
1. gaji saya Rm 1,100.00
2. saya mula bekrtja pada 01/01/2006
3. saya di berhentikan pada 4/5/09 dan hanya di bayar gaji sahaja tiada apa-apa faedah lain
4 expected dated on 25/0709 tapi actual date on 29/07/09
5. sehingga sekarang saya belum lagi menerima apa-apa dari syarikat saya.
Tolong jawab
Edit | Delete

KL Siew
30/09/2009 17:11:44
OK, jadi anda pun sudah bersalin. Sekarang apa yang anda boleh buat ialah pergi ke Jabatan Buruh dan membuat aduan untuk menuntut elaun bersalian dan faedah penamatan kerja. Jabatan Buruh akan memberi bantuan kepada anda. Tak payah tunggu lagi.
Edit | Delete

waiinna
dianabung@yahoo.com.my
30/09/2009 17:25:41
thank u very much
Edit | Delete

waiinna
dianabung@yahoo.com.my
30/09/2009 17:35:50
1. layak ke saya menuntut faedah penamatan kerja? sebab dalam surat tawaran dia kata kalau nak berhenti/ memberhenti kerja kena bagi notis 1 bulan bagi kedua-dua pihak.
2. berapakah sepatutnya yang majikan akan bayar untuk elaun bersalin tersebut? sebab majikan saya kata elaun bersalin hanya 6 ringgit satu hari bermaksud.dalam tempoh pantang 2 bulan dia akan bayar 360.00 ringgit sahaja? atau dia patut bayar ikut gaji satu bulan bermaksud 2,200 ringgit?
Edit | Delete

KL Siew
30/09/2009 19:37:51
Tidak apa, Jabatan Buruh boleh kira bagi anda. Cuma pergi buat aduan dulu.
Edit | Delete

waiinna
dianabung@yahoo.com.my
10/10/2009 11:30:24
sekiranya perkara ini di bawah ke makamah, adakah saya sendiri akan mengupah peguam saya sendiri?
Edit | Delete

Post Response (Feel free to share your experiences)

Name:
Email:  (optional)
Message: