JADUAL PERTAMA
(Seksyen2(l))
Pekerja |
Pekerja
Peruntukan Akta yang tidak terpakai |
1. Mana-mana orang, tidak kira pekerjaannya, yang telah memasuki kontrak perkhidmatan de- ngan seorang majikan di mana upah orang ter- sebut tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit sebulan. 2. Mana-mana orang yang, tidak kirajumlah upah yang ia perolehi dalam sebulan, telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan yang mana:— (1) ia terlibat dalam pekerjaan kasar termasuk kerja sedemikian sebagai seorang tukang atau perantis: Dengan syarat bahawa sekiranya seseorang diambil bekerja oleh seseorang majikan sebahagiannya dalam pekerjaan kasar dan sebahagiannya lagi dalam bidang-tugas lain, maka orang tersebut tidak boleh dianggap sebagai melaksanakan pekerjaan kasar kecuali jika masa bila ia dikehendaki melakukan pekerjaan kasar dalam mana-mana satu tempoh upah yang melebihi satu setengah dari jumlah masa yang ia dikehendaki untuk bekerja dalam tempoh upah tersebut; (2) ia terlibat dalam operasi atau pengendalian mana-mana kenderaan berjentera yang dijalankan untuk pengangkutan penum- pang-penumpang atau barangan atau untuk upah atau untuk tujuan-tujuan per- dagangan; (3) ia menyelia atau menjaga pekerja-pekerja lain yang terlibat dalam pekerjaan kasar yang diambil bekerja oleh majikan yang sama dalam dan sepanjang pelaksanaan kerja mereka; Pekerja
|
|
(4) ia terlibat dalam apa-apa keupayaan dalam mana-mana kapal yang berdaftar di Malay- siadan yang: (a) bukan seorang pegawai yang disahkan di bawah Akta Perkapalan Saudagar United Kingdom sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa; (b) bukan pemegang suatu sijil tempatan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Bahagian VII dari Ordinan Perkapalan Saudagar, 1952; atau (c) tidak membuat suatu perjanjian di bawah Bahagian III dari Ordinan Perkapalan Saudagar, 1952; atau
|
|
| (5) ia teriibat sebagai kakitangan domestik. |
|
| 3. Bagi tujuan Jadual ini "upah" ertinya upah sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2, tetapi tidak meliputi mana-mana bayaran secara komisen, elaun nafkah dan bayaran lebih masa. |
B. Malaysia |